adsense

13 July, 2007

Rakaman CCTV Hotel Malaya Akan DiTayang Isnin Nanti


Ads by AdGenta.com Posted on Thursday, July 12 @ 22:08:18 MYT by greenboc


Berita hmSHAH ALAM, 12 Julai (Bernama) -- Rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) di Hotel Malaya di mana wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu menginap sebelum dia dibunuh, akan ditayangkan di mahkamah Isnin ini.


Ketua pasukan pendakwa Tun Abdul Majid Tun Hamzah memberitahu Mahkamah Tinggi hari ini bahawa perancangan awal untuk mahkamah melihat tayangan rakaman itu di bilik kawalan hotel berkenaan, telah dibatalkan.





3Ini kerana bilik pejabat di mana skrin monitor ditempatkan adalah terlalu kecil dan tidak boleh menampung semua pihak yang terlibat dalam perbicaraan itu untuk melihat rakaman berkenaan.


Sebagai keputusannya, beliau berkata, perancangan baru telah dibuat supaya rakaman itu ditayangkan di mahkamah. Pemasangan peralatan untuk tayangan rakaman itu akan siap Isnin ini, katanya.

-- BERNAMA


Keterangan TKO
oleh Greenboc

hmHotel Malaya ialah tempat penginapan Attantuya Shaaribu sewaktu meniti hayatnya yang terakhir. Di hotel ini tersimpan banyak rahsia gerak geri Altantuya. Sekurang-kurangnya terdapat dua kenyatan di mahkamah sebelum ini yang mengaitkan Hotel Malaya



1) Keterangan Ang Chong Bengs Seorang penyiasat persendirian memberitahu Mahkamah Tinggi di sini bahawa model Mongolia yang mati dibunuh, Altantuya Shaariibuu telah berkahwin dengan Abdul Razak Baginda Abdullah di Hong Kong selama dua tahun. Ang berkata maklumat seperti umur Altantuya dan nombor bilik penginapan mereka di Hotel Malaya diberitahu kepadanya oleh Namiraa. Sila baca SINI



2) Bumaa Oyunchimeg atau dikenali sebagai Ayy yang menyatakan bahawa beliau menemui nota tulisan tangan Altantuya sewaktu mengemas beg sepupunya di Hotel Malaya sekitar jam 9 - 10 malam pada 29 September tahun lalu. Surat itu yang berbahasa Inggeris ditulis di atas kertas berkepala surat Hotel Malaya bersaiz A4. DI dalam surat itu dinyatakan bahawa :



Encik A. Razak Baginda merupakan seorang yang berpengaruh. Beliau mempunyai wang. Beliau mempunyai hubungan dengan polis, dalam kerajaan. Beliau cuba menakutkan saya, cuba membunuh saya.



Beliau menghantar dua lelaki India orang upahannya untuk mengekori saya, seorang daripada mereka ialah Suraj (K. Suras) Kumar, dia datang ke bilik hotel saya setiap pagi sekitar pukul 5 pagi dan mengetuk pintu, cuba menakutkan saya.



Powered by Qumana


No comments:

Blog Widget by LinkWithin