Posted on Saturday, July 21 @ 10:27:58 MYT by greenboc
Wanita mualaf mohon isytihar keluar Islam
PULAU PINANG (Utusan Malaysia) 20 Julai – Mahkamah Tinggi Syariah di sini hari ini menangguhkan pendengaran keputusan kes permohonan pengisytiharan untuk keluar dari agama Islam yang difailkan tahun lalu oleh seorang wanita mualaf.
Penangguhan itu dibuat berikutan Hakim Syarie Othman Ibrahim cuti sakit. Keputusan kes itu ditetapkan 17 Ogos ini.
Hakim Othman hari ini dijadualkan menyampaikan keputusannya terhadap permohonan pengisytiharkan keluar Islam yang dibuat oleh plaintif, Siti Fatimah Tan Abdullah atau nama asalnya Tan Ean Huang, 38.
Siti Fatimah memfailkan permohonannya pada 10 Julai 2006 terhadap Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAIP) selaku defendan.
Menurut pernyataan tuntutan plaintif, dia tidak pernah yakin dengan ajaran Islam dan hanya memeluk agama itu sekadar untuk mencukupkan syarat bagi membolehkannya berkahwin dengan seorang lelaki warganegara Iran bernama Ferdoun Ashanian.
Siti Fatimah memeluk Islam pada 25 Julai 1998 dan berkahwin dengan Ferdoun pada 16 September 2004.
Dia yang pernah bekerja sebagai tukang masak memfailkan permohonan tersebut selepas ditinggalkan suaminya yang menghilangkan diri tanpa sebarang sebab.
Plaintif diwakili peguam syarie, Ahmad Jailani Abd. Ghani sementara MAIP diwakili peguam syarie Ahmad Munawir Abd. Aziz.
Dalam tuntutannya juga, Siti Fatimah memberitahu sepanjang memeluk agama Islam, dia masih lagi menyembah berhala Tok Pek Kong, berhala Kuang Tin Ne dan berhala Ti Kong (Dewa Langit) mengikut ajaran agama asalnya, Buddha dan memakan daging khinzir.
Ulasan RadenJowo
Satu lagi kes……Siti Fatimah juga namanya. Kalau sebab nak kawin masuk Islam, tak payah lah buang masa. Pasangan Islam pun kena ambil tindakan kerana cuai lakukan tanggung jawab. Masih makan babi, masih sembahyang buddha….apa ke benda ni? ISlam dipermainkan oleh mualaf dan orang Islam sendiri.
Satu lagi kes……Siti Fatimah juga namanya. Kalau sebab nak kawin masuk Islam, tak payah lah buang masa. Pasangan Islam pun kena ambil tindakan kerana cuai lakukan tanggung jawab. Masih makan babi, masih sembahyang buddha….apa ke benda ni? ISlam dipermainkan oleh mualaf dan orang Islam sendiri.
No comments:
Post a Comment