adsense

23 July, 2007

TIP PILIHAN: Senarai jangan buat (Stop Doing List!)



dalam pengurusan masa, kita sering tekankan untuk
menyediakan senarai apa yang kita perlu buat. Kata mat salleh, "To
Do List!". Iaitu senarai segala kerja-kerja kita yang perlu kita
buat- dan apabila kita selesai tugasan tersebut, kita akan
pangkahkannya dari senarai kita.

Satu konsep yang baru dan juga memberi kesan yang amat mendalam
adalah lawan kepada "To Do List!". Pernah kah anda mencuba "Stop
Doing List!"?

"Stop Doing List" adalah senarai apa yang anda perlu berhenti
melakukan. Mungkin anda mempunyai tabiat buang masa seperti
menonton TV rancangan yang tidak penting, melepak, merempit
(harapnya tidak!), atau apa sahaja rutin yang membuang masa, bina
satu senarai baru iaitu "Stop Doing List!"

Senaraikan segala tabiat membuang masa anda. Apabila anda
menyenaraikannya, ia akan memberi kesan psikologi kepada anda dan
kesedaran untuk anda hindarkan tabiat-tabiat membuang masa ini.

Cuba lah! Ianya adalah lebih penting menyedari apa yang membuangkan
masa anda untuk mengoptimakan masa anda yang sedia terhad!

Salam cemerlang!

Source Irfan Khairi

No comments:

Blog Widget by LinkWithin