adsense

12 July, 2007

70% tukar kerakyatan adalah Melayu



70% Tukar Warganegara adalah Melayu!

http://utusan.com.my/utusan/content.asp?y=2007&dt=0711&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_06.htm

Muka Hadapan

‘Tidak boleh lagi mohon kerakyatan Malaysia’



PUTRAJAYA 10 Julai – Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, rakyat Malaysia yang telah menyerahkan kerakyatan negara ini tidak akan dibenarkan memohon mendapatkan semula kerakyatan tersebut.


Menurut Perdana Menteri, setiap keputusan untuk menyerahkan kerakyatan negara ini akan diteliti oleh Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri.


‘‘Tentulah ada sebab yang membolehkan pihak kementerian berkenaan memberikan kebenaran.


‘‘Tetapi satu perkara yang saya nak beritahu ialah bagi rakyat Malaysia yang telah pun menyerahkan kerakyatan, mereka tak boleh tiba-tiba nak jadi rakyat Malaysia semula,” katanya.


Perdana Menteri berkata demikian pada sidang akhbar selepas menghadiri majlis perhimpunan bulanan Kementerian Keselamatan Dalam Negeri di sini hari ini.


Hadir sama ialah isteri Perdana Menteri, Datin Seri Jeanne Abdullah, Timbalan Menteri Keselamatan Dalam Negeri, Datuk Mohd. Johari Baharom dan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan.


Menetap


Abdullah mengulas kenyataan Timbalan Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Datuk Tan Chai Ho dalam sebuah akhbar hari ini yang menyatakan 70 peratus daripada rakyat negara ini yang menyerahkan kerakyatan untuk menetap di luar negara adalah orang Melayu.


Statistik dari 1996 hingga April tahun ini menunjukkan daripada 106,000 rakyat Malaysia yang menyerahkan kerakyatan, 79,199 adalah Melayu, 25,107 (Cina), 1,347 (India) dan 350 kaum-kaum lain.



Menurut Abdullah, semua rakyat Malaysia yang ingin menyerahkan kerakyatan mereka boleh memohon kepada Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri.


Dalam pada itu, ketika diminta mengulas mengenai pertambahan anggota polis di negara ini, Perdana Menteri memberitahu, kerajaan meluluskan pembinaan dua buah lagi pusat latihan polis di Langkawi, Kedah dan di Bentong, Pahang.


Beliau berkata, dengan wujudnya pusat latihan itu, polis boleh mengambil lebih ramai anggota dalam usaha membasmi gejala jenayah dengan lebih berkesan.

No comments:

Blog Widget by LinkWithin