Ada juga iklan dihasilkan menggunakan program yang dipasang tanpa
pengetahuan pengguna (spyware) atau dipasang dengan pengetahuan pengguna (adware).
Beberapa langkah pencegahan atau pengurangan kemasukan iklan boleh dilakukan termasuk:
- pastikan OS menggunakan patch terkini kerana program malware akan mengeksploitasi setiap kelemahannya;
- jika menggunakan Internet Explorer, pastikan gunakan patch terkini. Anda boleh juga menggunakan browser alternatif seperti Mozilla Firefox (mozilla.com) atau Opera (opera.com);(klik logo mozilla di ruangan tepi blog isuhangat untuk download secara percuma)
- baca kotak popup sebelum klik "OK". Ada juga iklan yang menyerupai kekotak dialog dari windows. Pastikan anda klik 'X' dan bukan "OK";
- jika menggunakan Firefox, anda boleh dapatkan perluasan seperti "NoScript" untuk membenarkan penggunaan Javascript di laman-laman web tertentu yang anda percaya. Untuk mengelak iklan dari jenis flash pula, anda boleh dapatkan perluasan "Adblock";
- jangan melayari laman web yang diragui, seperti porno, cracks, dan warez;
- dapatkan program anti spyware seperti Spy Bot Search & Destroy, IE-SPYAD, Spyware Blaster dan Windows defender (masih dalam beta) untuk mengesan program yang diragui. Anda juga boleh menggunakan program berkenaan serentak tidak semua program boleh mengesan segala spyware dan malware;
- browser terkini seperti Firefox, Internet Explorer dan Opera, kini mempunyai pilihan untuk menghalang pop-up. Aktifkan ciri itu.
- jangan pasang program-program dari laman web yang diragui.
Sumber
No comments:
Post a Comment