adsense

18 July, 2007

Link Hangat: Aduan Online Jakim



umber ni sy dpt dari portal halaljakim... utk maklumat lanjut sila layari http://www.halaljakim.gov.my/
anda juga boleh menghantar aduan/pertanyaan ke portal tersebut..

ADUAN HALAL ON-LINE

Aduan Berkaitan Makanan dan Barang Gunaan Islam (HALAL)

Aduan :

Assalamualaikum..saya ada menerima emel yang mengatakan makanan yang mengandungi bahan E471 tidak halal kerana mengadungi bahan yang diperbuat dari babi..akan tetapi produk iaitu snek cadbury dan kek apollo seperti yg diiklankan oleh erra fazira mengadungi bahan tersebut..tetapi mempunyai tanda halal dari jakim.Emel ini menimbulkan rasa was-was pada saya dan rakan-rakan..Adakah benar bahan E471 mengadungi bahan tidak halal atau hanya 'rumors'..

Tarikh Aduan :

28/02/2006 - 15:59:40

Jawapan :

assalamualaikum, untuk makluman, bagi bahan makanan/perasa/emulsifier yang bertanda e-coded seperti E 471, E 122 dan lain-lain adalah berkemungkinan ianya haram atau halal dengan merujuk terlebih dahulu kepada sumber yang digunakan dalam penghasilan bahan-bahan tersebut. Merujuk kepada E 471 (bahan emulsifier makanan), ia mempunyai 2 kemungkinan iaitu boleh diperbuat dari bahan yang halal atau haram. Oleh sebab itu bagi sesetengah makanan yang diperbuat di Malaysia, yang telah disahkan halal oleh JAKIM tetapi terdapat penggunaan E471, diharap para pengguna tidak panik kerana JAKIM telah memastikan bahawa bahan tersebut adalah bersumberkan kepada bahan yang halal. Emulsifier 471 boleh diperbuat dari sumber lemak haiwan dan sumber lemak tumbuhan, bagi produk import atau luar negara, pengguna Muslim perlulah berhati-hati kerana tidak ada pengesahan yang dapat dibuat bagi menentukan kehalalan bahan tersebut, tetapi selagi produk itu diperbuat di Malaysia dan telah mendapat pengesahan halal JAKIM, insya-allah produk/bahan tersebut telah dikenal pasti dari sumber yang halal walau pun menggunakan kod yang sama dengan bahan yang dikhuatiri haram ss

ADUAN HALAL ON-LINE

Aduan Berkaitan Makanan dan Barang Gunaan Islam (HALAL)

Aduan :

assalamualaikum..
saya telah membeli sekotak coklat cadbury Assortment. setelah saye meneliti kandungan bahan-bahanya saya dapati kod E476 tertera di bahagian belakang kotak coklat tersebut. apa yang saya maklum bahawa kod tersebut adalah daripada sumber yang tidak halal. saya keliru dengan logo tanda halal yang ada dan dengan kod E476 yang ada. saya mohon kepastian pihak tuan berhubung dengan perkara ini. sekian terima kasih

Tarikh Aduan :

10/11/2005 - 09:48:47

Jawapan :

E476 adalah emulsifier iaitu Polyglycerol polyricinoleate. Sumber ingridient tersebut adalah dari dua sumber iaitu tumbuhan dan haiwan. untuk pengetahuan pihak puan, emulsifier yang terdapat di dalam produk canbury yang dikilangkan di Malaysia adalah dari sumber yang halal. sas


Ads by AdGenta.com

1 comment:

Aduka said...

Assalam saya salah seorang staff dr taisho pharmaceutical (livita)
Ingin membuat aduan tentang bahan yg digunakan untuk air livita,salah satu bahan yg digunakan adalah caffine yg tiada kelulusan halal,bila jakim datang untuk membuat pemeriksaan..caffine tersebut disorokkan...harap pihak jakim dapat membuat pemriksaan selanjutnya..ini kerana saya tidak mahu bersubahat disebabkan saya sudah tahu mengenai perkara ini..

Blog Widget by LinkWithin