SOALAN; Ustaz saya ada kemusykilan,perlukah perempuan yang hamil anak luar nikah dinikahkan sekali lagi,ini kerana lelaki yang menghamilkan dia telah bertanggungjawab dan menikahinya,tetapi ada yang mengatakan perlu di akad nikah sekali lagi setelah melahirkan anak.Boleh ustaz jelaskan? Jawapan; Wallahu A’lam tentang pandangan tersebut. Sekadar yang saya tahu, dalam masalah mengahwini wanita hamil kerana berzina ada dua pandangan ulamak; a) Pandangan pertama; wanita yang hamil kerana berzina tidak harus dinikahi sehinggalah ia melahirkan anaknya. Pandangan ini merupakan pendapat Imam Rabi’ah, as-Tsauri, al-Auza’ie dan Ishaq dan ia merupakan pegangan mazhab Imam Malik dan mazhab Imam Ahmad. Ini kerana menurut mereka, wanita yang melakukan persetubuhan zina wajib ke atasnya beriddah selama tiga kali haid atau tiga bulan (mengikut pendapat Imam Malik) atau dengan melahirkan anak jika ia hamil. Jika wanita yang berzina itu mempunyai suami, haram ke atas suaminya mensetubuhinya hinggalah tamat iddahnya itu. Kesimpulannya; mengikut pandangan ini, wanita yang berzina tidak harus dikahwini kecuali setelah tamat iddahnya iaitu tiga kali suci atau tiga bulan. Jika ia hamil tidak harus dikahwini kecuali setelah melahirkan anak. Di samping itu mereka menambah satu lagi syarat iaitu hendaklah wanita itu telah bertaubat dari zina. b) Pandangan kedua iaitu pandangan Imam Syafi’ie dan juga Imam Abu Hanifah; wanita yang hamil kerana berzina harus dikahwini sama ada oleh lelaki yang berzina dengannya atau dengan lelaki lain, namun tidak harus mensetubuhinya hinggalah ia melahirkan anak yang dikandungnya mengikut pandangan Imam Abu Hanifah. Menurut Imam Syafi’ie; makruh mensetubuhinya dalam keadaan hamilnya itu. Bagi pandangan ini, tidak ada kehormatan bagi zina untuk mewajibkan iddah ke atas wanita yang berzina. Oleh demikian, harus ia dikahwini pada bila-bila masa sama ada oleh lelaki yang berzina dengannya atau lelaki lain sekalipun ia sedang hamil. Cuma jika ia sedang hamil diharamkan mensetubuhinya (mengikut mazhab hanafi) atau dimakruhkan (menurut mazhab Syafi’ie) sehinggalah ia melahirkan anak. Selain itu –menurut pandangan ini juga- jika wanita yang berzina itu mempunyai suami harus suaminya mensetubuhinya tanpa perlu menunggu tempoh iddah tertentu sebagaimana pandangan pertama tadi. Kesimpulannya, menurut pandangan kedua wanita yang hamil harus dikahwini sama ada oleh lelaki yang berzina dengannya atau dengan lelaki lain. Jadi, mengikut pandangan ini akad perkahwinan antara mereka berdua adalah sah. Wallahu A’lam. |
ISU-isu SEMASA gambar VIDEO link CERITA info RESEPI pepatah KELAKAR gambar artis DAN macam-MACAM ada YANG HANGAT-HANGAT BELAKA....!!!!
10 July, 2007
PERLUKAH AKAD NIKAH KALI KEDUA?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment